CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 31, 2011

...:::Cabaran:::...

salam bahagia

Hurm hari ni mungkin hari yang sangat bertuah bagi anda... Mungkin jugak hari yang sangat teruk..
Dan anda berharap anda akan sentiasa melalui hari2 mcm niey ataupun tak nak lagi hari seperti hari ni tiba pada masa depan




Setiap daripada kita pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran. Cabaran yang boleh menggugat kesabaran malahan nauzubillah menggugat iman.

Pasti dah baca kan quote kat atas tu yang berbunyi "never forget that only dead fish swim with the stream"
ataupun dalam bahasa melayunye: "Jangan Lupa Hanya Ikan Mati Berenang Mengikut Arus"

Maksudnya? senang je

Hidup ni memang sentiasa dihiasi dengan cabaran dan dugaan. Ada sahaj perkara yang membuat kita lelah dan lemah.
tapi, sebagai seorang manusia yang sempurna takkan kita nak jadi SAMA seperti ikan MATI yang sememangnya dah tak berdaya untuk berenang melawan arus.
Kita dianugerahkan dengan kekuatan yang hanya manusia mampu lakukan.
Kita ciptaan-Nya yang agung. Jangan persiakan anugerah itu dengan mengeluh dan putus asa.

TAPI!!!
Bangunlah berdiri! Teruskan perjuangan! Cari penyelesaian!
Selagi tak berjaya, selagi ada peluang, cari jalan keluar.
Semoga hidup kita penuh dengan semangat untuk menang seperti para pejuang-pejuang islam yang memperjuangkan islam pada suatu ketika dahulu!!

Basha!!! :)

No comments: