CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 30, 2011

Salam Senyum semua

FRIEND FOREVER AND AFTER! BASHA!!!


Hari ni saya nak kongsi sesuatu dengan semua. Mungkin sesuatu yang kita semua lakukan setiap hari. tentang senyum. Dalam kehidupan yang ditempuh sehari-hari ni, ramai yang mampu tersenyum dengan gembira. Sebenarnya senyum tu membawa banyak kebaikan. Senyum mampu buat kita bangkit semula saat kita jatuh. Seyum mampu buat kita semangat saat kita lemah. Senyum mampu buat seseorang tu lupa tentang kedukaan yang dialami. Senyum mampu memberi inspirasi kepada insan lain. Kadang kala..senyum juga buat manusia jatuh cinta. Hebatnya kuasa senyum kan?


Teringat kisah masa zaman sekolah. Seorang pelajar lelaki ni suka sangat senyum. Tak kira la apa pun yang jadi...Dia mesti senyum. Dia kena marah sebab tak siap kerja pun dia senyum. Dia jatuh motor pun dia senyum. huhu..Mungkin yang berlaku tu ada yang negatifnye. tapi kita lihat dari sudut positif. apa kuasa senyum boleh buat. Tiap kali cikgu marah, n tertengok muka dia yang "slumber" senyum tu, cg tak jadi nak marah. maksudnya senyum tu boleh meredakan kemarahan yang sedang membara. next, dia senyum masa jatuh motor, kesannya cukup berguna. Sakit yang dia rasa tu kurang berbanding dengan injured yang dia alami. Sebab dia masih mampu untuk senyum walaupun dalam keadaan macam tu.


Moral Of The Story;
Senyum selalu. walaupun kena marah, kena perli, kena ejek, ada masalah dengan study..kita senyum jer.
Sebagai umat islam, kita kena prihatin dan tahu bahawa senyum itu satu sedekah yang maksudnya akan memberi kita banyak pahala. kenapa ye senyum itu satu sedekah? sebab senyum bawa banyak sangat kebaikan bukan setakat pada diri sendiri tetapi pada orang lain disekeliling kita yang tengok kita senyum dengan seikhlas hati.
Kita jugak kena ingat, Allah s.w.t takkan bagi ujian yang lebih daripada kemampuan kita sebagai manusia tanggung. Sebesar mana pun masalah yang kita hadapi, kena ingat ada lagi hamba Allah yang lain yang ada masalah lebih berat berbanding dengan kita dan setiap masalah tu ada penyelesaian.

Sekian,

No comments: